Masaalah sebenar dalam krisis ini adalah sikap.
Kita mempunyai undang-undang yang bagus dalam perlembagaan. Kita
mempunyai sistem pemerintahan yang unggul. Tetapi, individu yang melaksanakan sistem tersebut adalah individu yang kurang bijak. "Good game, bad player". Kalau semua pihak menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing dengan ketinggian moral dan etika, ini tidak menjadi masalah.
Penguatkuasaan undang-undang adalah sangat penting. Hari ini, undang-undang tidak ditakuti, tidak dihormati. Yang ditakuti hanyalah Polis,Kaum Elit, dan sebagainya. Mereka tetap akan buat salah sekiranya tiada Polis, inilah sikap kita. Kejatuhan moral.
Perlu diingat Negeri kita hari ini, adalah hasil kerja tangan orang yang terdahulu yang benar benar bersemangat Nasionalisme. Usah berbangga dengan idea dan perancangan sahaja,kita harus bersyukur kita mempunyai mereka.
Walaubagaimanapun, setiap undang undang yang diperkenalkan, pasti mempunyai kebaikan dan keburukan yang perlu dinilai dalam jangka masa panjang dengan mengambil kira segala faktor berangkai mahupun tidak tanpa mengabaikan "key player". Keputusan yang memberi kebaikan yang lebih harus diberi penekanan.
Usah menyalahkan pihak orang ramai, apabila undang undang kurang dipatuhi, walau telah di kuatkuasa…mungkin ada sebab sebab yang tertentu kenapa ia nya ta di endahkan atau dipedulikan
Fikir Fikir kan lah sejenak….tepuk dada tanya selera…
No comments:
Post a Comment