Project pembesaran Sungai Abang Kampong Lamunin bermula kira kira pada suku pertama 2007 dan selesai pada suku kedua tahun 2008, yang mana ia meliputi dari kawasan Penapar, Layong hingga Sungai Abang Kampong Lamunin.
[May 2008]Gambar keadaan Sungai Abang setelah pembersehan & pembesaran. Tempat bermula dari kawasan Layong hingga jambatan Sungai Abang.
[June 2008] Keadaan Sungai dan jambatan penyebarangan dari rumah mangsa yang terjejas (No: 76 Kg. Lamunin, Tutong) selepas beberapa bulan siap project tersebut. Kawasan ini tidak terlibat dalam pembersehan & pembesaran tersebut.
[August 2008]..Masaalah hakisan tebing sungai abang yang berhampiran dengan rumah mangsa telah di-maalomkan kepada Ketua Kampong Lamunin yang mana masaalah ini telah dibawa kepengetahuanan pehak atasan yang bersangkutan bagi tindakan yang berpatutan untok mengelakan perkara2 yang tidak di-ingini akan berlaku. Alhamdullilah, saperti apa yang dapat di-saksikan gambar di-atas pehak tertentu telah pun membuat pembaik pulihan pada tebing tersebut bagi membendung hakisan akan berterusan.
[August 2008]..Akan tetapi mungkin apa yang di-laksanakan bagi pembendungan hakisan tersebut tidak mencukupi untok menahan hakisan yang di-sebabkan oleh kederasan ayer yang mengalir di-sebabkan pembesaran sungai di-hilir kawasan ini.
[Sept 2008]..Keadaan rumah mangsa yang terjejas
[Nov 2008] Seperti yang dapat di-saksikan di-atas, penahanan hakisan tersebut tidak mampu untok berfungsi saperti apa yang di-harapkan. Ini mungkin apa yang telah di-nyatakan terdahulu, kaedah ini tidak bersesuaian dan mencukupi memandangkan keaadan sungai yang aliranan nya begitu deras and di-tambah lagi musim hujan yang berterusan. Hakisan ini mungkin boleh di-kurangakn dengan mendirikan tembok concrete di-kedua dua belah tebing sungai di-kawasan rumah tersebut dan sedikit pembesaran pada
[Feb 2009]…Keadaan sekarang.. maseh belum ada tindakan susulan untok pembaikan atau menaik tarap pembendungan hakisan tebing sungai tersebut. Satakat ini tindakan susulan yang sudah dapat di-laksanakan ialah pengalihan kawat eletrik yang menuju kerumah mangsa (saperti gambar di-bawah)yang sebelum ini ia boleh mendatangkan bahaya di-sebabkan tiang nya pun turut tumbang oleh hakisan tersebut
[Feb 2009]..pemindahan kawat eletrik ka-sebatang pokok kelapa setelah tiang nya tumbang di-sebabkan hakisan.
Apa yang sangat sangat di-harapkan oleh mangsa supaya pehak berwajib dapat mempertimbangkan dan menangani masaalah yang telah mengakibat harta benda dan mungkin membahayakan keselamatan mangsa. Kerana mangsa percaya yang pehak berwajib tidak mungkin gagal atau meminggirkan masaalah rakyat yang memerlukan permedulian dari kepimpinan YANG ADIL LAGI BERDAULAT.
No comments:
Post a Comment