Saturday, January 24, 2009

SISTEM pengurusan zakat perlu di-teliti semula

Quote from NDP website:
Sistem pengurusan zakat yang di gunapakai sekarang jelas perlu di teliti semula dan di perbaiki agar lebih berupaya mendepani masalah kemiskinan di negara ini.

Juga perlu di teliti ialah penselarasan matlamat pengurusan zakat dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Dalam konteks ini semacam terdapat jurang antara objektif pengurusan zakat untuk membantu meringankan bebanan fakir miskin dengan hasrat Baginda Sultan untuk memerdekakan golongan miskin dari kepompong kemiskinan.

Dalam lain perkataan hasrat Baginda ialah mahu melihat kehadiran satu sistem pengurusan zakat yang lebih efektif dan efisyen yang bukan sekadar mampu memberikan bantuan bulanan dan tahunan kepada golongan miskin sahaja, tetapi akhirnya mampu menjadikan negara sifar kemiskinan.

Baginda Sultan bukan sahaja mahu melihat bantuan zakat di berikan sekadar mampu meringankan bebanan golongan miskin pada setiap bulan dan setiap tahun tetapi bagaimana sistem pengurusan zakat itu boleh mengkayakan mereka hingga menjadikan mereka golongan pembayar zakat.

Mudah-mudahan mesej titah yang tersirat ini dapat di baca dan di terjemahkan dengan baik oleh Majlis Ugama Islam dan agensi-agensi kerajaan yang lain agar apa pun dasar atau program yang akan mereka laksanakan akan mampu menjangkau wawasan Baginda Sultan itu.

Harapan kita ialah MUIB akan meneliti semula sistem pengurusan zakat yang sedia ada dan merencanakan strategi-strategi dan program-program jangka pendek dan jangka panjang yang lebih efektif dan dinamik dalam mengatasi isu kemiskinan di negara ini selaras dengan hasrat Baginda Sultan.

Persoalannya sekarang apa strategi dan langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang akan di ambil oleh MUIB sebagai menyambut hasrat titah Baginda Sultan itu?

Menurut laporan Media Permata bertarikh 21 Januari, langkah-langkah sedang dibuat bagi melaksanakan kurnia titah Baginda Sultan ketika Persidangan Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam pada13 Januari lalu.

Majlis Ugama Islam Brunei, menurut laporan tersebut, sedang membuat kajian dan langkah selanjutnya terutama cara untuk mengagihkan baki wang zakat yang ada.

Media Permata melaporkan Pemangku Setiausaha MUIB, Haji Abdul Wahab Haji Sapar sebagai berkata, "terdapat dua golongan yang akan diberikan keutamaan dalam agihan baki wang zakat berkenaan sebagaimana yang disebut Baginda Sultan ialah golongan fakir miskin dan Al-Gharimin, ujarnya sambil menambah pengagihan itu akan dilaksanakan secepat mungkin".

Menurut Pemangku Setiausaha MUIB, sejak empat ke lima tahun kebelakangan ini, jumlah wang zakat yang dikumpulkan adalah kurang daripada jumlah yang perlu diagihkan kepada asnaf zakat sehingga menyebabkan Majlis Ugama Islam terpaksa mencukupkan jumlah berkenaan dengan baki wang zakat tahun sebelumnya.

Sebagaimana yang dititahkan Baginda Sultan, wang zakat yang berbaki setelah diagihkan kepada yang berhak dan disahkan oleh Juruaudit Agung bagi kunci kira-kira yang berakhir 31 Disember 2004 adalah sebanyak $239,631,073.56.

Pada tahun sebelum 2004, menurut Haji Abdul Wahab, jumlah asnaf zakat yang memohon dan layak untuk menerima agihan zakat tidaklah seramai ketika ini yang sudah melebihi 16,000 orang.

Menurut statistik Majlis Ugama Islam pada 2007, seramai 3,976 orang fakir miskin menerima bantuan bulanan, sementara seramai 12,234 lagi menerima bantuan Hari Raya menjadikan jumlah yang menerima bantuan sebanyak 16,210 orang.

Jika dibandingkan statistik yang sama pada 2003 hanya 702 penerima bantuan bulanan dan 3,347 fakir miskin menerima bantuan Hari Raya, yang menjadikan jumlah keseluruhan bagi tahun itu hanya 3,347 orang.

Jumlah teramai yang dicatatkan dalam statistik 2001-2007 itu ialah pada 2005 yang berjumlah 19,420 penerima keseluruhannya terdiri daripada 16,706 penerima bantuan Hari Raya Aidilfitri dan seramai 598 orang yang menerima bantuan bulanan.

Menurut statistik Majlis Ugama Islam, jumlah perbelanjaan atau jumlah keseluruhan agihan wang zakat yang diberikan kepada asnaf zakat di negara ini pada 2008 sebelum diaudit terdiri daripada fakir miskin, amil, mualaf dan Al-Gharimin ialah sebanyak $15,849,439.64.

Pecahan agihan berkenaan menurut statistik 2001-2008 itu ialah $1,471,459.26 untuk Al-Gharimin, $13,014,088.45 untuk fakir miskin, $1,178,454.20 untuk mualaf dan $185,437.70 lagi untuk amil.

Haji Abdul Wahab berkata, fakir miskin yang diberi bantuan di negara ini akan mendapat bantuan sepanjang tahun, yang akan diterima setiap bulan dalam pelbagai bentuk bantuan.

"Umpamanya pada setiap menjelang Hari Raya Aidilfitri, Majlis Ugama Islam tidak akan hanya menghulurkan bantuan semasa hari lebaran saja, tetapi bahagian itu akan diberikan sepanjang tahun, misalnya penerima akan menerima agihan berjumlah $400 ke $500 setiap bulan tertakluk kepada keramaian anggota dalam sesebuah keluarga itu," jelasnya.

Begitu juga bantuan asasi seperi makanan juga akan diterima, bermakna penerima tidak akan terputus bantuan kewangan dan bantuan asasi setiap bulan.

Beliau mendedahkan bantuan bagi menyara persekolahan anak juga akan diterima setiap bulan berjumlah $60 secara berterusan yang bermakna setiap seorang akan menerima $720 setahun.

Agihan yang diterima asnaf fakir miskin termasuk agihan wang tunai bulanan, perlindungan, pendidikan, serta-merta, agihan tunai segera Hari Raya, bantuan perbelanjaan rawatan perubatan/kesihatan dan perbelanjaan Program Pengupayaan Asnaf Zakat.


No comments:

Post a Comment