Friday, April 15, 2011

Harta Pusaka Kedayan di Brunei Semakin Hilang

Kali ini aku mengutarakan SOAL HARTA PUSAKA KAUM KEDAYAN YANG SEMAKIN HILANG. Puak Kedayan dahulunya merupakan bangsa yang mempunyai harta pusaka yang unggul disegi Tanah.


Tetapi akhir akhir ani nampaknya bangsa kitani semakin kehilangan tanah akibat kemiskinan. Contoh nya pada masa kini kita sudah banyak melihat orang orang bukan bangsa kedayan yang tinggal di kampong orang Kedayan, saperti Jerudong, Sengkurong, Kilanas, Lumapas, Junjungan, Kampong Kampong di sapanjang jln Muara dan banyak lagi yang sudah kita maklomi dulu nya di huni oleh orang kedayan.

Apakah keadaan seperti ini juga di alamimi oleh Paadiaan Paadianku di Malaysia??? Akibat miskin tanah dijual?

Aku amat sedih melihat betapa mudahnya bangsa kitani melepaskan EMPIREnya kepada bangsa lain. Kalaulah satu ekar dilepaskan dan akan datang semula berpuluh puluh ekar itu tak mengapa. Tetapi ekar ekar tanah yang dimiliki oleh bangsa kitani terus hilang satu demi satu ke tangan bangsa lain. Dahulunya bila disebut sahaja Puak Kedayan maka bangsa lain berucap "ahh... banyak banyak tanah kaum kedayan atu!"

Tetapi sekarang kitani sudah mula berkurang pemilikan tanah. Susah payah orang tuha kitani dahulu menghimpun harta pusaka dan kini anak anaknya mula mengadaikan dan menjualnya dengan mudah.

Satu perkara lagi bila Kaum kitani sudah kaya ia lupa kan siapa asal usulnya. Maksudnya apa yang ku katakan lupa akan usulnya atu adalah inda tia sanggup berkuapak cakap Kedayan dan hawar tia kan mengakun kedayan. Kerana anggapan Kedayan selepas kemiskinan bahawa adalah bangsa kedayan ani inda standard. Inilah amat menyedihkan.

Apa pendapat liau disana?

Apa yang aku kuapakkan disini inda pulang semuha kedayan begitu tetapi kebanyakannya begitu. Sama sama tah kita pikirkan... demi masa depan anak cucu keturunan kitani.

No comments:

Post a Comment