Wednesday, November 15, 2023

PERHIMPUNAN KELUARGA ALLAHYARHAM HJ TAMAT BIN PUASA KALI KE-3 - 2023

Alhamdullilah,PERHIMPUNAN KELUARGA BESAR ALLAHYARHAM BIN PUASA KALI KE-3 telah berjaya di laksanakan dengan lancar nya…Terima kaseh AJK Majlis dan semua keluarga yang sama sama terlibat secara langsung dan tidak langsung..moga2 kita semua di limpahi rahmat..aamiin yra.

 https://borneobulletin.com.bn/family-gathering-attracts-over-500/

Wednesday, September 6, 2023

Sejarah rengkas pembentukan nama KAMPONG LAMUNIN

 Di sini saya ingin menceritakan sejarah ringkas bagaimana  terujudnya kampong Lamunin ini. Pencerahan  ini bertujuan untok memberi sedikit kefahaman dan pengetahuan pada generasi baru warga warga yang berasal dari Kampong Lamunin, yang sekarang kebanyakan dari mereka sudah banyak berhijrah dan menetap di luar Kampong Lamunin. Ini disebabkan perkerjaan, perkahwinan dan berbagai bagai sebab lain.

Sekitar awal tahun 20an, sekumpulan puak Kedayan dari satu tempat yang dulu mereka nya di namakan MANTIS, yang sekarang ini di kenal dengan nama IKAS BANDUNG menjelajah ke kawasan pendalaman, yang ketika itu belum ada orang yang mendiami tempat itu. Pada mulanya,  tujuan mereka adalah untok mencari rotan, salang dan mengarut jelutong. Terjumpalah mereka satu tempat terdapat nya banyak rotan , pisang tajak. Di sini lah mereka mengambil rotan sebeberapa banyaknya dan membawa pulang yang kemudian nya akan dibuatkan kalat untok menambat kerbau mereka, tali gubang dan sebagainya.

Oleh sebab terdapat nya banyak rotan dan ada nya kawasan  yang sesuai untok berpadi di kawasan itu, maka timbullah keinginanan mereka untok membuat penempatan di sana. Lalu kawasan tersebut mereka  gelar  LALAK AKAA  (iaitu kawasan yang banyak terdapat akar dan rotan). Ada juga nama lain juga yang di gunakan mereka iaitu ABANG. Ini mungkin terbentuk disebabkan sungai yang ada dikawasan tersebut yang di namakan Sungai Abang. Selain dari puak Kedayan, ada juga lain puak yang kemudiannya membuat penempatan nya di hilir sungai tersebut iaitu puak Dusun. Sebelum kedatangan Jepun ke Brunei, iaitu sekitar tahun 38 & 39 , puak Tutong pula ikut mendiami tempat tersebut.

Setelah sekian lama kawasan tersebut di diami oleh beberapa puak iaitu Kedayan, Puak Dusun dan Puak Tutong, semakin lah ramai penduduknya dengan masing masing menjalankan aktibiti puak masing masing demi menaikan ekonomi kehidupan mereka. 

Demi mengelakan kesalah fahaman dan memudahkan untok ketiga tiga puak ini dalam berkominikasi seharian, kesepakatan antara mereka  telah di bentuk untok memberi nama tempat tersebut mudah untok di gunapakai ketiga tiga puak. Oleh sebab tempat yang mula mula di terokai itu terdapatnya banyak akar dan rotan yang menjadi tempat musang membuat sarang..mereka menamakan nya dengan LALAK AKAR  MUSANG. Untok memudahkan panggilan, persetujuan di capai mengunakan LA MUNIN. Gabungan dari dua perkataan LA (Lalak Akar) dan MUNIN (bererti Musang dalam bahasa Dusun). Itu lah sedikit sejarah ringkas terbentuknya nama KAMPONG LAMUNIN…Sekian Taima Kaseh