Monday, May 30, 2016

PERHIMPUNAN KELUARGA BESAR HAJI TAMAT BIN PUASA, SEMPANA HARI KELUARGA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSALAM 2016



Majlis perjumpaan dan Doa Tahlil bagi keluarga besar Haji Tamat bin Puasa sempena hari keluarga kebangsaan Negara Brunei Darusalam 2016 telah di adakan pada 29hb Mei 2016 / 22 Sya’aban 1437H  (Hari Ahad) Jam 10.00 pagi.

Majlis itu telah mengundang tetamu kerhormat Pemangku Pegawai Daerah Tutong,  Awang Haji Adnan bin Haji Adam dan beberapa orang Pegawai Kanan dari Jabatan Daerah dan majlis ini juga di hadiri oleh  Penghulu, Ketua Kampong, Imam, Guru Besar dan Pegawai Penguasa Balai Polis Mukim Lamunin.

Tujuan:

  • MENGERATKAN TALI  SILATURAHIM KEKELUARGAAN di kalangan ahli ahli keluarga di kesemua lapisan generasi supaya generasi terkemudian akan dapat mengenal lebih dekat lagi akan susur galur keturunan mereka yang mana ini akan dapat lagi membina jati diri mereka untok menjadi warga yang berwawasan.
  • MEMUPOK SEMENGAT GOTONG RUYUNG  kepada generasi generasi baru di dalam keluarga besar ini.
  • MENGEKALKAN TRADISI KELUARGA dalam majlis Makan Doa Arwah beramai ramai,  yang mana majlis seumpama ini telah di amalkan oleh generasi terdahulu buat sekian lama untok mengingati ahli ahli keluarga yang sudah kembali ke Rahmatullah.

Harapan:

  • Apa yang di harapkan daripada generasi baru (Pelapis),  supaya Majlis seumpama ini akan mendapat sokongan yang lebih mengalakan lagi di masa masa mendatang.
  • Dapat mewarisi adat resam dan carahidup untok di amalkan dan di manafaatkan generasi baru di dalam kehidupan berkeluarga.
  • Majlis Perhimpunan Keluarga besar ini dapat di teruskan dan di jadikan acara Tahunan Keluarga.


Pengurusi majlis Awg Haji Badar bin Haji Ali memberi kata kata aluan.







Ahli Jawatankuasa Kerja bergambar ramai bersama sama Pemangku Pegawai Daearh Tutong Awg Haji Adnan bin Haji Adam.

Ahli Keluarga Besar Haji Tamat bin Puasa bergambar ramai bersama Pemangku Pegawai Daerah Tutong Awg Haji Adnan bin Haji Adam, Pengulu Mukim Lamuni dang Ketua Kampong Lamunin.
Majlis hari itu berjaya menghimpunkan 90% dari kesemua ahli Keluarga Besar Haji Tamat bin Puasa. Terdiri daripada keluarga kesepuloh anak anak  Haji Tamat bin Puasa hingga ke genarasi ke6.
 



  

Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, beberapa pameran juga di adakan saperti barang barang anyaman, ternakan madu kelulut and fotograpi. Majlis tersebut selesai pada jam 1.30 petang dan semua ahli ahli keluarga bersalaman salaman sebelum berpisah.
Penasihat Perhimpunan dan Pengurusi Perhimpunan,  iaitu Kapt (B) Dato Paduka Haji Bahar bin Tamat dan Haji Badar bin Haji Ali dan semua Ahli Jawatan Kuasa bercadang akan menjadikan Majlis tersebut aktivi tahunan bagi Keluarga Besar Haji Tamat bin Puasa.