Saturday, January 12, 2013

Latar sejarah sistem dan negara beraja, faktor-faktor kejatuhan dan kebangkitan, kekhilafan yang mungkin berlaku


kekuatan serta peranan, kesinambungan sistem beraja dalam menghadapi cabaran
dunia global semasa.
Kepimpinan beraja adalah antara sistem kepimpinan tertua di dunia. Pada awal
kurun kesembilan belas terdapat lebih sembilan ratus (900) takhta kerajaan.
Kajian kronolgi dan manual genealogi tentang dinasti baru Islam, merumuskan
terdapatnya seratus lapan puluh enam (186) kesultanan berpaksikan Islam diantara
tahun enam ratus tiga puluh dua (632) hingga 1944 Masihi. Pada hari ini terdapat
seratus sembilan puluh tiga (193) negara berdaulat merangkumi seratus sembilan
puluh dua (192) negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Vatican City.
Dari jumlah tersebut, hanya empat puluh empat (44) negara yang memilih sistem
beraja, sementara Vatican City terletak di bawah 'Supreme Pontiff', pemerintah
Kerajaan Theocracy yang dikenali dengan gelaran 'Pope, diiktirafkan dengan status
Ketua Negara.
Dari empat puluh (44) negara beraja, enam belas (16) daripadanya mengiktiraf Ratu
Elizabeth II sebagai Raja Pemerintah di bawah sistem Raja Berperlembagaan. Di
samping bertakhta di United Kingdom, Ratu Elizabeth melantik Gabenor Jeneral di
lima belas (15) negara lain. Enam belas (16) negara lagi mengamalkan sistem Raja
Berplembagaan, lima (5) sistem separa autonomi, tujuh (7) negara mengamalkan
sistem Raja secara mutlak.
Analisis taburan secara geografi, menunjukkan dikalangan negara yang mempunyai
Raja, sebelas (11) terletak di Benua Eropah, tiga (3) di Benua Afrika dan empat
belas (14) di Benua Asia, sementara enam (6) negara Oceania dan sepuluh (10)
negara yang terletak di sekitar Benua Utara mengiktiraf Ratu Elizabeth II sebagai
Raja Berpelembagaan. Sepuluh (10) dari negara yang mengamalkan sistem beraja
adalah negara Islam, sembilan di Asia dan satu di Afrika; lapan (8) darinya
adalah negara pengeluar minyak.
Takhta kerajaan dan Raja Pemerintah adalah rangkaian institusi dan individu; satu
melambangkan jawatan dan kuasa, satu lagi merupakan pengisian watak,
bertanggungjawab memberi nafas dan mengisi roh kepada institusi. Peranan utama
Raja adalah memberi kepimpinan, menjadi contoh - menjadi teladan untuk dijadikan
pedoman - untuk memberikan panduan - untuk disandarkan harapan - untuk memberi
naungan. Raja dihormati - dimuliakan, dinobatkan - didaulatkan, kerana Raja
diiktiraf memiliki segala kelebihan, dari segi akal bicara, dari segi
kebijaksaan, dari segi hikmah, dari segi kegagahan, dari segi pengetahuan, dari
segi sahsiah, dari segi keberanian, dari segi keupayaan mengatasi cabaran.
Dengan mendapat kepercayaan dan penghormatan dengan memperoleh sokongan dan
kesetiaan, Raja berperanan menyatukan warga, membina sebuah negara bangsa
berdaulat. Raja di era tersebut bersandarkan kepada tiga paksi utama; pertama,
penerimaan secara agama; kedua, memiliki kuasa politik; ketiga, perinsip baka dan
keturnan. Raja dilihat sebagai Dewata mewakili Tuhan di dunia, sekali gus
memenuhi tanggungjawab keagamaan; lalu Raja dikaitkan dengan kesaktian sebagai
keistimewaan anugerah Tuhan. Ketika itu Raja berperanan mutlak sebagai penggubal,
pentafsir, pelindung dan pelaksana undang-undang, di samping diiktiraf sebagai
ketua agama.
Empat ratus (400) tahun terakhir merakamkan perubahan besar berlaku terhadap
institusi Raja. Berlaku evolusi berkerajaan secara dinamik. Bilangan takhta
menjadi kurang. Antaranya adalah selaras dengan bilangan negara yang turut
berkurang kerana berlakunya penaklukan dan percantuman wilayah lalu terbina
negara yang lebih besar. Factor lebih utama yang mempengaruhi evolusi terhadap
sistem berkerajaan adalah revolusi pendidikan dan revolusi ilmu yang membawa
dunia kepada penemuan saintifik serta penghuraian saintifik, disamping kefahaman
lebih mendalam terhadap agama. Kedua-dua faktor tersebut merubah kefahaman lebih
mendalam terhadap agama. Kedua-dua faktor tersebut merubah persepsi dan tafsiran
dunia terhadap Raja; lalu muncullah alternatif sistem berkerajaan yang turut
diperngaruhi oleh dinamik evolusi kehidupan manusia, kesan revolusi industri,
perkembangan teknologi, perubahan corak dan paksi ekonomi, pembangunan teknologi
maklumat dan komunikasi. Disamping itu, kelemahan watak dan kesilapan laku
individu, salah ramalan dan silap percatuan dikalangan sebahagian mereka, turut
menjadi faktor pemangkin membawa kepada kejatuhan sesebuah institusi Raja.
Sistem Raja dihapuskan di Latin Amerika seawal abad kesembilan belas, kesan
pengaruh sistem republik yang berjaya diperkenal dan diamalkan di Amerika
Syarika. Lalu berakhirlah pengaruh tiga ratus tahun Raja Sepanyol; yang merentas
dari Mexico di utara sehingga ke Chile di selatan Latin Amerika. Perang dunia
pertama bukan hanya menyaksikan terkorbannya dua puluh (20) juta manusia dalam
tempoh masa empat tahun meruntuhkan tiga empayar besar dengan tradisi beraja di
Eropah, dengan kejatuhan takhta di Austria, di Jerman, di Rusia, disamping
Empayar Otoman.
Dua peperangan dunia mengubah lanskap politik dunia. Dua peperangan dunia
menyaksikan perubahan imbangan kuasa dunia. Dua peperangan dunia menyaksikan
kemusnahan, menyaksikan pertambahan perbelanjaan ketenteraan, menyaksikan
kebangkitan semangat nasionalisme, menyaksikan kemunculan ideologi baru dan
menyaksikan politik kelahiran rupa bentuk pemerintahan dan kerajaan baru. Lalu
berlaku transformasi politik membentuk persekitaran politik yang berbeza. Abad
kedua puluh menyaksikan kebangkitan gerakan nasionalisme dan corak pemerintah
berlandaskan perlembagaan. Berlakulah evolusi dalam pemerintahan beraja.
Raja-raja di Eropah yang peka, memahami dinamik yang berlaku berikutan gerakan
politik rakyat berpaksikan masyarakat industri dan masyarakat kota. Raja yang
sebelumnya dianggap Dewata mewakili Tuhan memerintah hamba-hamba di bumi,
bertukar peranan sebagai pembela kepada kebajikan dan kebaikan warga di sesebuah
negara bangsa. Raja-raja yang berjaya melayari angin yang meniup bayu perubahan,
mentafsir semula peranan mereka, mengolah wajah dan merangka dimensi baru, lalu
berjaya mengekalkan pengiktrafan dan kesetiaan rakyat. Raja-raja tersebut berjaya
melakukan pengubahsuaian, lantas takhta dapat dikekalkan. Malah dengan kemunculan
gerakan politik berparti, Raja yang berada di atas politik, diiktiraf sebaik
hakim, memenuhi fungsi sumber keadilan, berupaya mendamaikan persengketaan di
antara puak-puak yang bertelingkah; konsep ini menjadi perintis - menjadi asas
kepada doktrin pemisahan dan perkongsian kuasa antara Raja dan rakyat di era
pasca Perang Dunia Pertama dan perang Dunia Kedua.
Raja Inggeris dan Raja-raja di Scandinavia, di Belgium, di Netherlands, di
Luxemburg dan di Greece kekal mendapat sokongan rakyat. Raja Inggeris mempamerkan
sifat tanggungjawab yang tinggi dengan memilih bersemayam di London ketika kota
raya tersebut menghadapi serangan udara. Baginda senantiasa berpakaian seragam
tentera sepanjang masa peperangan. Baginda melawat kawasan-kawasan yang musnah;
Baginda meniupkan semangat serta meningkatkan moral rakyat. Ratu Wilhelmina yang
menduduki takhta kerajaan Netherlands sejak berusia sepuluh (10) tahun
memperlihatkan kematangan pengalaman, secara tegas berusia sepuluh (10) tahun
memperlihatkan kematangan pengalaman, secara tegas menitahkan Netherlands tidak
melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama, sementara Gustav V berjaya menghalang
Sweden dari terlibat dalam peperangan Dunia Kedua.
Raja Leopold secara tegas mengetepikan keputusan jemaah menteri, mengambil
pendirian menyerah tanpa syarat dan memilih untuk bersama rakyat dan tentera
Baginda; satu keputusan terhormat yang mendapat sokongan padu di kalangan rakyat
Belgium berketurunan Flemish. Raja Leopold kemudiannya secara berkesan menjadi
faktor penyatu bagi rakyat Belgium yang menghadapi pelbagai isu nasional dan isu
bahasa. Raja Christian, memilih di Copenhagen setelah memberi perkenan kepada
jemaah menteri supaya Denmark menyerah. Pendirian Baginda menyeleamatkan rakyat
dan negara Denmark berbanding dengan Raja Haakon, yang menyeru rakyat Norway
menentang kemaraan Jerman dan akhirnya Baginda sendiri terpaksa melarikan diri ke
Brintain. Empayar Rusia dan Habsburg (Austria-Hungary) gagal melakukan
penyesuaian pemerintahan berlandaskan perlembagaan dan perwakilan kuasa
berbenntuk parlimen, akhirnya takhta hilang dari negara.
Nicolas II, Raja (Tsar) Rusia terakhir antara pengajaran memperlihatan kelemahan
seorang watak yang gagal memenuhi tanggungjawab berat sebuah institusi. Sepanjang
tempoh pemerintahan Baginda, Nicholas dibatasi dan dikelilingi dengan pengaruh
orang-orang yang baginda senangi sama ada pemimpin agama, Permaisuri dan Paderi
kesayangan Permaisuri bernama Rasputin. Pegawai-pegawai berwibawa tidak disenangi
dan gagal mendapat kepercayaan baginda. Akhirnya Baginda terperangkap dnegan
kepalsuan dan tidak berpeluang memahami realiti. Berakhirlah Pemerintahan Baginda
apabila terputusnya sokongan rakyat.
Perang Dunia kedua turut melihat berakhirnya takhta kerajaan di Romania, di
Bulgari, di Yugoslavia dan di Italy. Kelemahan Victor Emmanuel III ditambah
dengan kelengahan melantik anakanda Baginda, Putera Umberto dinilai secara adil.
Ketika rakyat Itali mengadakan pungutan suara untuk menentukan corak kerajaan,
putera Umberto baru beberpaa minggu menaiki takhta. Namun perlu dirakamkan,
bahawa kerana masih adanya Raja pada penghujung perang Dunia Kedua, memudahkan
rakyat Itali menolak 'fasisme' berserta Mussolini, berbanding ketidakupayaan para
Jeneral di Jerman mencabar arahan Hitler dan fahaman 'Nazisme'. Greece kehilangan
takhta kerajaan dalam tahun 1967 kerana kegagalan Raja Constantine menangani
gelombang politik yang mencetuskan perpecahan dikalangan rakyat selepas Perang
Dunia Pertama dan kemelut perang saudara selepas Perang dunia Kedua.
Tahun enam puluhan menyaksikan negara-negara jajahan di Afrika mencapai
kemerdekaan; majoriti membentuk kerajaan merdeka bermodelkan republik. Di Asia,
sistem Maharaja di Cina berakhir berikutan revolusi 1912. Dalam tahun 1948,
pemerintahan berteraskan demokrasi berparlimen menggantikan 'British Raj' di
India. Indonesi memilih sistem Republik. Namun ikatan emosi terhadap Raja masih
berakar di hati rakyat, terutama mereka yang berketurunan Jawa, dengan pegangan
mistisisme, menghargai konsep 'Ratu Adil'. Langit Jakarta berawan mendung, bumi
Jawa gerimis hiba, menerima berita kemangkatan Sultan Hamengkubuwono IX di
Washington pada bulan Oktober 1988. Seratus lima puluh ribu (150,000) rakyat
memberi penghormatan terakhir dalam empoh enam belas (16) jam jenazah ditempatkan
di Kraton. Meskipun Indonesia adalah sebuah negara republik, Baginda diiktiraf
wira negara; Baginda dirujuk sebagai 'Raja Kita'.
Maharaja Jepun berada di Martabat tinggi pada akhir Perang Dunia Pertama selaras
dengan kemenangan yang dicapai oleh negara Baginda. Jepun mewakili kuasa yang
berjaya di konferensi Damai Paris. Jepun mendapat hak menduduki koloni Jerman di
Pasifik, di China dan mendapat keistimewaan di Manchuria. Senario yang dihadapi
oleh Maharaja Jepun pada akhir Perang Dunia kedua amat berbeza, ketika Jepun
berada di pihak yang kalah. Malah ada suara menuntut agar Maharaja Hirohtio
dihadapkan ke muka pengadilan. Ada dua pendapat berhubung peranan Baginda dalam
Perang Dunia kedua. Pendapat pertama, menyatakan Baginda adalah kuasa
tersembunyi, terlibat dan bertanggungjawab secara langsung menentukan arah tujuan
penglibatan Jepun dalam Perang Dunia kedua. Pendapat kedua, mempertahankan kedua,
mempertahankan Maharaja Hirohito, dengan pandangan bahawa Baginda sebenarnya
tidak mengeluarkan sebarang arahan secara langsung. Baginda disifatkan seorang
yang berhati-hati dengan pemikiran yang perlu yang perlu dibaca secara tepat.
Dikatakan Baginda melakukan kesilapan kerana tidak memiliki kekuatan untuk
mencabar ketetapan angkatan tentera. Baginda dianggap lebih berada dalam
kongkongan pengaruh pemikiran angkatan tentera. Meskipun memiliki martabat dan
pengaruh, Baginda dikatakan kekal dengan kesopanan untuk tidak melanggar tafsiran
peranan Raja bersandarkan perlembagaan. Baginda dikatakan mempunyai pilihan untuk
menamatkan peperangan lebih awal tetapi menunggu sehingga mendapat permintaan
Perdana Menteri setelah Hiroshima dan Nagasaki dileburkan.
Apa pun di sebalik peranan Baginda, General Douglas MacArthur mencapai kompromi,
memperlakukan kesinambungan tahkta Maharaja Jepun setelah Perang Dunia kedua
berakhir. Mahraja Jepun dikekalkan tetapi dengan wajah dan dimensi baru.
MacArthur bagaikan memahami budaya berkerajaan di Jepun dengan membuat bacaan
tepat akan nilai tinggi masyarakat Jepun terhadap tahkta. Di abad kedua puluh
satu, Jepun telah bangun dari debu di Hiroshima dan Nagasaki, menjadi gergasi
ekonomi dunia, menjadi negara industri - negara teknologi, negara moden - negara
maju, namun masyarakat Jepun kekal dengan semangat setia kepada insitusi Raja.
Jepun yang mengamalkan sistem demokrasi tidak pernah menghina dan merendahkan
Raja. Malah masyarakat Jepun resah apabila keluarga Diraja gagal melahirkan
putera pewaris tahkta. Kerajaan Perdana Menteri Junichiro Koizumi hampir meminda
Perlembagaan Negara untuk melayakkan wanita mewarisi tahkta. Kelahiran Putera
Hisanhito, pada 6 September 2006 disambut riang oleh rakyat Jepun bagai merayakan
turunya hujan rahmat di bumi Nippon yang dibimbangkan gersang.
Raja Bhumibol Adulyadej di Thailand secara bijaksana lagi teliti berupaya
mendapat sokongan rakyat dengan mendampingi para petani, mahasiswa dan siswazah
mencerminkan imej seorang Raja yang mengambil berat akan tanggung jawab sosial,
bersifat patriotik kepada negara bangsanya telah mengolah dan memberi makna akan
fungsi tahkta dalam sistem Raja Berperlembagaan. Bahawa Raja dan rakyat
disatukan. Raja melambangkan kedaulatan sebuah negara bangsa merdeka,
memperlihatkan penderian yang mendukung prinsip demokrasi dan memihak kepada
pemerintahan sivil. Semalam berlaku satu lagi rampasan kuasa di Thailand. Dalam
'intermission' sesuatu babak di panggung pemerintahan, ketika tirai dilabuhkan,
Raja Bhumipol berasakan rekod, sentiasa berada di 'centre stage' mempergaruhi
arah haluan babak selanjutnya.
Insiden aneh berlaku di Iran. Dalam bulan Ogos 1953, pelopor utama demokrasi
dunia, Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Dwight Eisenhower dan Great
Britain di bawah pimpinan Perdana Menteri Winston Churchill terlibat secara
langsung merestui 'Operasi AJAX', menggulingkan pemerintahan demokrasi pimpinan
Perdana Menteri Mohammad Mossadegh. Mohammad Reza Shah dinobatkan sebagai Raja
yang bersemayam di 'tahkta merak' (peacock throne), Mohamad Reza Pahlavi
digulingkan oleh gerakan Revolusi Islam dalam tahun 1979. Bermulalah era anti-
Amerika berwajah militan - berbentuk keganasan.
Meskipun kerajaan beraja bagaikan tidak lagi menjadi pilihan, sistem Raja
diwujudkan di kalangan negara Islam susulan kejatuhan Empayar Otoman. Sistem
kesultanan adalah satu penerusan tradisi sistem yang diwarisi berakarkan sistem
khalifah, sistem yang tidak asing dalam budaya umat Islam berkerajaan dan
bernegara. Hasil sumber minyak yang membawa kemakmuran ekonomi berjaya diagih
secara saksama, kemudahan kesihatan, pendidikan dan kebajikan diberikan
perhatian, kestabilan dan keselamatan warga terjamin, pengangguran dapat diatasi,
Islam diutamakan dan ulama kekal setia bersama Raja, sistem beraja di negaranegara
Islam tersebut, Insya-Allah akan dapat dikekalkan.
Sistem Raja Berpelembagaan kembali bertempat pada tahun 1975 di Sepanyol membantu
mengembalikan budaya demokrasi dari budaya autrokrasi Jeneral Franco. Jika
Kerajaan beraja lenyap di Vietnam - lenyap di Laos, terperangkap dalam
pertelagahan kepentingan antara wibawa Raja, kuasa kolonial Perancis, kebangkitan
nasionalisme dan ideologi komunis, tetapi Kampuchea meskipun jatuh ke tangan
komunis memberi nafas kepada sistem beraja untuk memberi kesahihan kepada
kerajaan Hun Sen, karisma dan kebijaksanaan Putera Sihanouk, berpengaruh
menyesuaikan peranan Raja mengharungi konflik semasa, walaupun Baginda berulang
kali pula gagal menentukan arah haluan secara konsisten. Namun legasi yang
ditinggalkan, membuat rakyat Kampuchea menghargai sistem pemerintahan beraja
kerana itu institusi Raja berperlembagan diwujudkan pada Tahun 1993.
Demikianlah senario dinamik yang dilalui oleh institusi Raja secara global dalam
tempoh empat ratus (400) tahun yang lalu. Insitusi Raja sebenarnya melaui ujian -
menghadapi cabaran berhadapan dengan tentangan - berupaya merentasi rintangan.
Ada yang lupus namun masih ada yang terus dipertahankan, ada yang diberikan
tafsiran baru, ada yang diberikan nafas semula, ada yang bertambah kukuh.
Insitusi Raja tidak terlepas mengahdapi momokkan dengan istilah-istilah negatif,
dikaitkan dengan feudalisme dan autokrasi. Istilah-istilah sedemikian dipelopori
oleh mereka yang bersifat anti-Raja.
Budaya feudalisme dan budaya autokrasi bukan budaya yang boleh dikaitkan dengan
insitusi. Budaya feudalisme dan budaya autokrasi berlaku kerana perbuatan
individu apabila individu menjadi mabuk kuasa. Budaya tersebut subur apabila
manusia menjadi takjud kepada individu melakukan pendewaan terhadap individu
hingga berasa takut yang melampau kepada individu. Tidak dinafikan budaya
feudalisme dan budaya autokrasi pernah berlaku dalam istana - pernah berlaku di
kalangan Raja tetapi budaya feudalisme dan budaya autokrasi turut dilakukan di
kalangan mereka yang tidak berketurunan Raja dari kalangan rakyat biasa dan
berlaku dalam sistem republik dalam pemerintahan berpaksikan tentera malah dalam
sistem atas nama agama. Malah kajian menunjukkan bahawa bilangan rejim diktator
dan atutokrasi hari ini berlaku di negara-negara yang tidak berada di bawah
pemerintahan Raja.
Kisah-kisah yang huraikan wajar dijadikan iktibar dalam hasrat dan dalam usaha
memertabatkan institusi Raja. Masyarakat dunia sedang dan akan terus melalui
proses evolusi yang semakin rancak. Era teknologi maklumat - era komunikasi telah
menenbus sempadan negara - sempadan negeri. Kekebalan Raja turut terjejas kerana
proses perundangan bersifat sejagat di tambah pula dengan gaya hidup Raja dan
kerabat Diraja yang tidak lagi terkurung dalam lingkungan tembok istana. Ekonomi
berpaksikan pengetahuan memberikan satu kemerdekaan baru membina kekayaan
bersumberkan intelek sekali gus mengurangkan keperluan insan mendapat naungan.
Kemajuan pendidikan, memudahkan minda dan jiwa manusia bersifat lebih bebas dan
lebih terbuka. Pendalaman pengetahuan agama menyedarkan manusia bahawa terdapat
kuasa yang Maha Agung di atas segala kuasa dan kerajaan di dunia. Media pula
mencanai minda masyarakat yang menuntut kepada amalan ketelusan dan
kebertanggungjawaban kepimpinan.
Raja perlu memiliki hikmah merangkai yang lama dengan yang baru membawa
pembaharuan di samping memelihara tradisi. Raja harus bersedia membolehkan
berlakunaya perubahan dalam rangka kesinambungan budaya Raja berkewajipan
mengizinkan modenasi tanpa melupus kekayaan adat yang kekal diwarisi.
Sesungguhnya Raja telah membuktikan keupayaannya memenuhi peranan sedemikian
secara berkesan. Biar apa pun sistem Raja itu dilandaskan peranan Raja bukanlah
sekadar menjadi simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian dan istiadat
semata-mata. Raja bukanlah monumen hisan yang kaku - tanpa nyawa - tanpa jiwa.
Raja perlu memperliuhatkan watak tegas, bijaksana, adil dan saksama adalah
menjadi keperluan bagi Raja mempunyai barisan pembesar dan penasihat dari
kalangan mereka yang arif ilmuwan dari kalangan mereka yang tidak mempunyai
muslihat dari kalangan mereka yang tidak berkepentingan terselindung supaya Raja
disembah nasihat dengan maklumat yang tepat secara objektif - secara rasional
berasakan fakta - bersandarkan data agar Raja terlindung dari berpagarkan sokong
yang membawa rebah.
Sistem Raja berpelembagan perlu ditafsirkan sebagai perkongsian kuasa antara Raja
dan Rakyat. Raja menjadi sumber rujukan ketika berlakuanya krisi di kalangan
rakyat. Raja memastikan bahawa berlakunya secara adil mekanisme semak dan imbang
antara cabang-cabang perundangan eksekutif dan kehakiman sekali gus
memperkukuhkan institusi demokrasi di dalam negara. Secara umum Raja bertindak
berasaskan nasihat pimpinan kerajaan pilihan rakyat. Namun Raja tidak harus sama
sekali merasakan tertekan dan tidak semestinya memberi penekanan jika nasihat
yang disembahkan bercanggah dengan semangat perlembagaan, bertentengan dengan
keluhuran undang-undang serta melanggar prinsip keadilan sejagat. Raja sama
sekali tidak boleh memihak kepada perbuatan yang tidak meambangkan keadilan atau
merstyi tindakan yang tidak mencerminkan kebenaran.
Tata urus negara adalah satu kesenian yang perlu dikuasai utama sekali usaha
menyatukan warga dan memupuk kesetian kepada Raja - kepada negara. Tata urus
negara tidak berlaku semudah tulisan di kertas atau ungkapan yang dititahkan.
Tata urus negara memerlukan seni urus yang halus - daya tadbir yang canggih
dilaksanakan melalui mekanisme yang berkesan, cekap dan tulus, mekanisme tadbir
yang tidak menyimpang atau menyeleweng erta jauh dari amalan rasuah. Raja jatuh
kerana jatuhnya negara, negara jatuh kerana resahnya rakyat. Urus tadbir yang
lemah menjadi punca keresahan rakyat, urus tadbir yang pincang merosakkan negara
dan akhirnya melemahkan Raja. Justeru itu adalah menjadi kemestian kepada Raja
dengan melaksanakan tanggungjawab secara amanah, ikhlas, bersunguh-sungguh dan
komited. Itulah bentuk pengorbanan seseorang yang telah berbaiah kepada Raja,
sumpah setia yang perlu diterjemahkan dengan memastikan kestabilan kerajaan,
memajukan kemakmuran negara dan menjamin kesejahteraan warga. Tanpa warga, tidak
akan terbinanya sebuah negra tanpa negara tidaklah ada lagi lagi keperluan
kewujudan Raja.
Teknologi komunikasi dan media amat berpengaruh mencanai persepsi dan pemikiran
insan. Raja dan kerabat Diraja tidak terkecuali dari sasaran lensa dan pena
media. Puteri Diana adalah satu pengajaran, Puteri Diana dipopularkan melalui
lensa dan pena media, digambarkan secara positif - dilukiskan secara negatif.
Puteri Diana dipotretkan memiliki sifat-sifat suci Mother Teresa tetapi
dilakarkan juga sebagai model yang memperagakan pakaian berjenama mahal: imejimej
bertentangan menjadi hiasan akhbar dan majalah, menjadi tajuk berita di
saluran televisyen dan radio. Puteri Diana terperangkap dalam permainan media dan
membayar harga dengan nyawa. Demikian peranan dan pengaruh media di era ini,
senjata tajam bermata dua. Perihal peribadi Puteri Diana menjadi makluman umum,
jauh berbeza dengan senario di tahun 1936 apabila BBC dan media di United Kingdom
tidak menyebarkan hubungan Raja Edward dengan Mrs, Simpson, sehinggalah Raja
Edward mengundurkan diri dari takhta kerajaan.
Media, bila di kendali secara bijak, membantu pemahaman dunia akan institusi Raja
dan membantu rakyat untuk lebih dapat menghargai dan memahami peranan Raja. Raja
George V menggunakan saluran radio menyampaikan titah hari Natal ke seluruh
Empayar British sebagai usaha istana mendampingi rakyat. Televisyen dalam tahun
1953 memungkinkan buat pertama kalinya istiadat pertabalan Ratu Elizabeth
disiarkan secara langsung. Majlis-majlis perkahwinan dan pertabalan, keputeraan
dan kemangkatan Raja diberikan liputan meluas oleh media cetak dan media
elektronik. Raja tidak harus memandang sepi akan peranan media dalam maya yang
semakin terbuka. Raja tidak harus kaku menjadi penonton dalam era revolusi media.
Apatah lagi keluarga dan kerabat Diraja kini turut melalui kehidupan yang lebih
terbuka, mengikuti sistem pendidikan yang lebih terbuka, terlibat dalam proses
sosialisasi yang lebih terbuka. Mengurus tadbir media adalah satu seni yang
memerlukan kepakaran, hikmah dan kebijaksanaan, mengimbang apa yang patut
disuratkan dengan apa yang harus disiratkan. Halaman web tentang Raja wajar
dibangunkan, memberi ruang kepada dunia memahami institusi Raja dari perspektif
istana.
Gerakan kebangkitan Islam memerlukan pemahaman akan realiti yang sedang dan akan
berlaku. Kekecewaan di kalangan pelopor gerakan ini menjadi punca kepada
keganasan yang mengancam keselamatan dunia. Raja-raja ada tanggungjawab dalam
usaha membantu menangani ancaman ini baik Raja di negara Islam begitu juga di
kalangan Raja di negara bukan Islam. Sebahagian dari punca kekecewaan mungkin
dapat diselesaikan dari istana. Raja-Raja di negara bukan Islam dapat membantu
menangani masalah dan ancaman ini dengan mempelopori perbincangan antara agama
dan antara budaya, di samping meningkatkan kefahaman terhadap Islam serta samasama
menyuarakan tuntutan kemanusiaan, membela dan membantu nasib insan yang
menderita terutama di bumi Palestin, Afganistan dan kini Lubnan. Raja boleh
mengambil langkah berkesan membantu proses rasionalisasi di kalangan rakyat Islam
dan bukan Islam di negara masing-masing.
Raja-Raja di alam Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan Islam. Islam
mempengaruhi dan mengubah corak pemerintahan, beralih dari pemerintahan
berpaksikan individu kepada pemerintahan berpaksikan undang-undang. Undang-undang
Melaka menjelaskan bahawa martabat tinggi seseorang Sultan. Dinilai dari sudut
amal makruf Baginda menyempurnakan tanggungjawab. Terkandung dalam Kanun bahawa
seseorang Raja perlu mengamalkan sifat-sifat perkasa lagi tegas, adil lagi
saksama, pengampun dan belas kasihan. Allah itu Maha Pemurah - Maha Mengasihani,
seperti yang terkandung dalam kalimah 'Bismillahi Rahmani Rahim," diulang
sebanyak seratus empat belas 9114) kali dalam Al-Quran, mendahului permulaan
setiap surah melainkan surat 'AT-Taubah: kalimah 'BismillahiRahmani Rahim'
diulang dua kali dalam surah 'An-Namli'. Islam telah membawa Raja Melayu kepada
konsep murni, muafakat dan adil. Konsep adil dapat ditafsirkan sebagai menepati
semangat perjanjian antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba yang dijadikan
'magna carta' Melayu bertuankan Raja bersandarkan konsep keadilan yang
dibayangkan dengan kata-kata 'Raja Adil-Raja disembah'
Sewajarnya Raja berpegang kepada prinsip utama untuk menentukan kesetiaan. Bahawa
jawatan berkembar dengan kuasa, dan kuasa disertai dengan tanggungjawab.
Kedudukan dan kuasa adalah anugerah - adalah amanah dari ALLAH SUBAHANAHU
WATAALA. Kedudukan dan kuasa adalah ujian ILAHI di kalangan hambanya yang
terpilih. Kedudukan ini tidak sama sekali oleh disalahgunakan dan kuasa yang ada
perlu digunakan secara adil untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Berpeganglah
kepada prinsip, bahawa kuasa yang diamanahkan tidak harus mengatasi kuasa ILAHI.
Amalan perundingan adalah budaya berkerajaan dalam sistem beraja dan budaya
bernegara menurut amalan Islam. Khalifah Islam mengamalkan syura dan Raja Melayu
melakukan mesyuarat. Ini telah dijadikan amanat penting kepada pewaris takhta
seperti terkandung dalam wasiat Sultan Alauddin Shah kepada putera Baginda Sultan
Mahmud Shah.
Petikan:
"Hai anak ku, ketahui oleh mu bahawa dunia ini tiada akan kekal adanya...
melainkan iman... adanya peninggalan ku ini hendaklah anak ku berbuat ibadat
sangat-sangat, jangan tiada sebenarnya, kerana segala hamba Allah semuanya
terserah kepada mu. Jikalau kesukaran baginya hendaklah segera engkau tolong,
jikalau teraniaya ia hendaklah segera engkau periksa baik-baik supaya di akhirat
jangan diberatkan Allah atasnya leher mu...Syahadan hendaklah engkau muafakat
dengan segala perdana menteri dan segala orang besar-besar, kerana raja-raja itu
jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada ia
muafakat dengan segala pegawai, tiada akan sentosa adanya, dan tiada akan dapat
ia melakukan adilnya, rakyat itu umpama akar raja itu umpama pohonnya, jikalau
tiada akar nescaya tiada akan dapat berdiri."
(Petikan dari Sulalat al-Salatin)
Anakanda sentiasa insaf bahawa kekuatan serta kelemahan, citra dan daulat
Institusi Raja bergantung pada citra serta keutuhan sifat perilaku batang tubuh
seseorang Raja. Anakanda amat insaf bahawa Raja dan kerabat Di Raja hari ini
tidak lagi bersemayam secara isolasi dalam batasan perkarangan istana. Melalui
pendedahan pendidikan berserta pendedahan kepada teknologi maklumat dan
komunikasi, Raja sama berpeluang mengikuti pelbagai peristiwa secara langsung
tanpa tapisan. Perhubungan rakyat dan Raja tidak lagi terbatas kepada sekumpulan
pembesar istana. Ini adalah satu perkembangan sihat namun amat mencabar,
membolehkan Raja memahami realiti, bahawa darjat dan daulat seseorang Raja
tidaklah bulat datang menggolek - tidakkan pipis datang melayang. Raja perlu
membuktikan tahap pencapaian, memenuhi harapan rakyat, mempamerkan perilaku dan
keperibadian sejajar dengan kemuliaan dan penghormatan yang diberikan.
Telah dijadikan penyuluh hidup akan ungkapan titah Paduka Seri Ayahanada
anakanda, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sewaktu
Baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Sains
Malaysia dalam tahun 1980.
Petikan,
"Bahawa selagi rakyat menaruh kepercayaan terhadap Raja dan menghormati Institusi
Raja, selagi itulah takhta tidak akan dipindahkan dari istana ke muzium.. bahawa
takhta juga tidak boleh lari dari hukum Allah, hukum yang ditetapkan ke atas
seluruh umat manusia tanpa mengira Raja atau rakyat."
Bahawa takhta yang kini tinggal dalam sejarah, adalah kerana salah nasihat yang
diberi oleh pembesar istana yang tidak bertanggungjawab, pembesar istana yang
menyalah gunakan nama mulia Raja. Sejarah juga merakamkan penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa sering kali dilakukan oleh pembesar-pembesar atas nama
takhta, mengambil kesempatan ketika berteduh di bawah payung kuasa naungan Raja.
Kekuatan dan kelemahan seseorang Raja dipengaruhi oleh kekuatan atau kelemahan
terutama di kalangan mereka yang diberi amanah menjadi pembesar dan penasihat
Raja. Hubungan Raja, pembesar, pemimpin dan rakyat perlu dibina secara sihat,
disuburkan melalui saluran komunikasi yang berkesan. Barisan yang diberikan
kepercayaan dan tanggungjawab menasihati Raja, wajib bersifat ikhlas, arif lagi
berilmu, berkata benar betapa pahit sekalipun, supaya Raja tidak dibuai dalam
khayalan - tidak diulit gurindam pujian. Jika jambatan komunikasi yang kukuh
dapat dibina, persefahaman dapat diluluskan, hubungan harmonis dapat diakrabkan,
Insya-Allah Raja akan selamat bertakhta, penuh berdaulat - dikasihi rakyat.
Dalam mengharungi perjalanan, dalam memungut pengalaman sebagai bekalan memenuhi
tanggungjawab institusi Raja, anakanda sentiasa bersandarkan pedoman, akan amanat
yang diturunkan turun temurun, zaman berzaman, bahawa:-
Bapa kepada Raja adalah syariat ajaran Rasul Ibu kepada Raja adalah adat dan
undang-undang Saudara kepada Raja adalah segala Menteri Besar dan Kecil Anak
kepada Raja adalah segala rakyat jelata Bahawa Raja itu bagaikan tiada bapa, ibu
dan anak Tidak diutamakan oleh Raja kepentingan lain melainkan rakyat jelata.
Malah ungka siamang di hutan jua adalah di bawah jagaan Raja Menjalankan
pemerintahan dengan adil Memelihara agama - menjamin keamanan Menunaikan
kewajipan dengan penuh iltizam
Jika Raja gagal menjunjung kebenaran ini Maka hancur musnahlah negara.