Dari apa yang telah kita maalomi dan fahami dari TITAH baru baru ini, berkenaan dengan ketidak efisienan jentera pentadbiran masa ini, harus lah dari sekarang kita memikirkan dan berusaha untok mejadikan kabinet yang baru nanti berupaya menunjukkan prestasi dan menyampaikan perkhidmatan dengan mengadakan petunjuk prestasi utama (KPI) yang menitik beratkan tentang impak dan status penyampaian perkhidmatan tersebut.
Pemantauan secara peribadi dan tranparency ke atas prestasi dan komitmen kemajuan semua Menteri sekali dalam masa yang tertentu adalah suatu langkah penting memandangkan wujudnya ketidakpuasan rakyat di masa lalu tentang prestasi menteri dan beberapa penjawat awam.
Nyata sekali kini masa telah tiba untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang berorientasikan rakyat dan tindakan dimulakan dengan Kabinet yang mempunyai kepekaan dan sensitif terhadap keperluan rakyat dan negara terutamanya ketika saat kegawatan ini.
Tidak boleh dinafikan bahawa harapan rakyat terhadap pentadbiran KABINET masa kini and akan datang adalah sangat tinggi dan adalah menjadi suatu kewajipan bagi pentadbiran baru itu nanti untuk menunjukkan prestasi dan menghasilkan perkhidmatan efisien berasaskan budaya penuh integriti dan kecemerlangan.
Ini bermakna setiap anggota Menteri, Setia Usaha,Pengarah dan Ketua Ketua Jabatan dan sebagainya benar-benar menanggung tugasan berat dalam merealisasikan hasrat Ketua Negara dan Rakyat demi mengkekalkan kepercayaan rakyat yang berterusan.
Anggota pentadbiran harus mendampingi rakyat untuk memahami rintihan serta keperluan dan kehendak mereka diikuti dengan bertindak melakukan segala perubahan yang perlu untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat.
Thursday, July 23, 2009
Tuesday, July 14, 2009
63th Pre Birthday Titah from HM The Sultan of Brunei
Subscribe to:
Posts (Atom)