Thursday, May 7, 2009
Pembakaran Terbuka
Kerajaan mengeluarkan larangan terhadap semua kegiatan pembakaran terbuka sejak beberapa tahun terdahulu berikutan kemerosotan mutu udara. Larangan itu bagaimanapun mengecualikan pembakaran terbuka bagi upacara keagamaan dan pembakaran mayat.
Larangan itu merangkumi kegiatan yang dikecualikan daripada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Pembakaran Terbuka) 2000 seperti pembakaran terbuka bagi kawasan pertanian yang terkena penyakit, menghapuskan binatang yang dijangkiti penyakit, latihan kebakaran dan pertanian pindah.
Undang-undang tersebut yang dikenali sebagai “Emergency (Penal Code) Amendment Order 1998”, antaralainnya memperuntukkan yang berikut:
• Menurut seksyen 277A yang diperkenalkan, kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pembakaran terbuka boleh dihukum dengan denda sehingga B$100,000. Jika kesalahan tersebut menyebabkan pencemaran udara atau membahayakan nyawa atau harta benda boleh dikenakan hukuman denda yang tidak terbatas dan atau dipenjara sehingga lima tahun.
Akan tetapi saperti yang jelas di lihat gambar, aktiviti sedemikian maseh juga di lakukan oleh setengah pengusaha pengusaha kawasan pembangunan yang mana kejadian ini berlaku pada 25 April 2009 pukul lima ptg di kawasan pembangunan Kampong Lumut. Di harap pehak berwajib akan dapat memantau aktiviti tersebut di masa masa akan datang supaya ia nya tidak berulang lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)