Wednesday, March 18, 2009

Brunei gugur tuntutan

quote from Berita Harian:

bhnnews@bharian.com.my

Limbang tidak lagi jadi perebutan, kekal hak Malaysia

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei Darussalam semalam secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang di utara Sarawak, sekali gus mengakhiri episod pertikaian wilayah berkenaan yang berlarutan sejak sekian lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata ketetapan itu adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai menerusi rundingan perjanjian bersama Malaysia-Brunei berhubung isu persempadanan darat dan maritim membabitkan kedua-dua negara.

"Rundingan mengenai isu persempadanan ini berlangsung sejak 1995 dan kini perkara pokoknya sudah diselesaikan manakala butiran terperinci akan dibincang jawatankuasa yang bakal dibentuk. Ini termasuk perkara berkaitan (tuntutan) Limbang yang memang sudah diketahui semua pihak.

"Ia kini selesai dan Brunei telah menggugurkan isu ini. Limbang kekal menjadi sebahagian daripada Malaysia, selaku wilayah kita," katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei, di sini semalam.

Isu mengenai tuntutan ke atas Limbang, yang kedudukannya diapit oleh daerah Brunei-Muara dan Temburong (ke arah Sabah) timbul setiap kali masalah persempadanan Malaysia-Brunei dibangkitkan sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Daerah itu, yang mempunyai keluasan 3,978 kilometer persegi, didiami penduduk etnik Melayu, Lun Bawang, Cina, Kedayan, Iban, Bisaya, Kelabit, Tagal dan Penan. Ia menjadi sebahagian Sarawak ketika pemerintahan James Brooke pada 1890. Apabila Sarawak mencapai kemerdekaan dan menganggotai Malaysia pada 1963, Limbang kekal sebagai satu daripada daerahnya.

Abdullah, yang dalam rangka lawatan dua hari ke sini, berkata dengan selesainya masalah itu, Brunei dan Malaysia memasuki era baru dalam perhubungan dua hala dan kerjasama pelbagai bidang.

"Saya ingin menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah dan kerajaan Brunei atas kerjasama yang diberi.

"Kita juga yakin penyelesaian isu tuntutan itu dicapai tanpa ada perkara yang menimbulkan sebarang perasaan tidak senang hati atau negatif dan Insya-Allah, ia akan membawa kebaikan kepada kedua-dua negara," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Brunei di Istana Nurul Iman, sebelum kedua-duanya menandatangani Surat Pertukaran (LoE) yang antara lain mengandungi beberapa prinsip kerjasama untuk dilaksanakan ke arah menentukan persempadanan darat dan maritim dua negara.

Antara delegasi Malaysia yang hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Delegasi Brunei pula membabitkan Putera Mahkota, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah; Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Kedua, Pehin Datuk Seri Setia Lim Jock Seng.

Dalam kenyataan bersama Abdullah dan Sultan Hassanal Bolkiah yang dikeluarkan semalam, kedua-dua pihak bersetuju bahawa:

· LoE itu memuktamadkan persempadanan maritim Malaysia-Brunei, pewujudan Kawasan Aturan Komersial (CAA) bagi minyak dan gas, penentuan sempadan darat Malaysia-Brunei serta hak laluan maritim yang tidak boleh dicabuli;

· Penyelesaian isu persempadanan maritim menentukan ketetapan sempadan laut, pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kedua-dua negara. Malaysia dan Brunei berhak melaksanakan undang-undang dan peraturan, di samping memulakan pembangunan baru di perairan sendiri;

· Persempadanan darat Malaysia-Brunei akan diselesaikan berdasarkan lima perjanjian bersejarah sedia ada antara kerajaan Sarawak dan Brunei;

· Pertukaran Surat itu mencerminkan kemampuan kedua-dua negara mencapai penyelesaian yang menyeluruh, adil dan memanfaatkan semua pihak;

· Pegawai kedua-dua negara akan mengambil langkah susulan, selain memantau pelaksanaan penuh segala peruntukan yang terkandung dalam dokumen terbabit; dan

· Kedua-dua pemimpin yakin LoE itu akan membuka laluan ke arah pembentukan perkongsian strategik dan kerjasama lebih erat dalam pelbagai bidang terutama pelaburan dan perdagangan, sumber tenaga dan hidrokarbon, pelancongan pendidikan, pertanian, infrastruktur, perbankan, industri halal dan hubungan sesama penduduk dengan tumpuan kepada Sabah dan Sarawak.


.....hope the decisions made by Brunei delegates would give "a win win" situation...or esle.. ??


Friday, March 6, 2009

bubbling well


...just want to share some pictures from the bubbling wells which was occurred in early 2007. This incident happened just right after the commisioning of the first Onshore snake well (part of North Flank Project) which was successfully producing oil for less than a week...after that well close due to sand...
Incident was happened on 3rd Jan 2007 and last for couple of months…Operation staff were informed bubbling found near one of the Tank group and the emergency team mobilized and closed in all wells adjacents to the area later closed in the rest of the wells within the vicinity including all injection wells. Sample were taken from the bubbling pond for LAB analysis and close monitoring were carried out until further investigation can be done. Report from the investigation team stated that the bubbling was a natural phenomena and it will stop and normalise after all the pressure from the gas pocket getting lower and lower..., whether true or not nobody knows…no media coverage…worrying that this might potentially cause or trigger public panic..??but for the sake of public safety, it a bit unfair if they are not well informed of any consequences arise..



..after the above bubbling had been normalise, couples of bubbling in other came out again in June 2008, the locations are shown below..and till today close monitoring still going on at this location and this of course delaying the progress of the renovation works which was carried out on the 7 flight operation centre..